Friday, November 27, 2009
T-Shirt Hard Rock Cafe 90 hengget..
Wednesday, November 25, 2009
Map to Iziana's wedding...
View Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang in a larger map
RSVP here: http://www.facebook.com/event.php?eid=210666879186
Friday, November 20, 2009
Aku senyum dengar ini lagu
Selalu ada yang bernyanyi dan berelegi
Dibalik awan hitam
Smoga ada yang menerangi sisi gelap ini,
Menanti..
Seperti pelangi setia menunggu hujan reda
Aku selalu suka sehabis hujan dibulan Desember,
Di bulan Desember
Sampai nanti ketika hujan tak lagi
Meneteskan duka meretas luka
Sampai hujan memulihkan luka
Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Entri minimalis dengan sub-topic
1. Tiga beradik di kedai gunting
Dua hari lepas masa aku tengah tunggu giliran untuk botakkan kepala, tiga budak comel berlari-lari dalam kedai gunting. Sekali pandang memang nampak macam comel. Abang sulong bulat dan berat. Adik perempuan yang tengah pun bulat. Adik bongsu lelaki tak berapa nak bulat. Tapi masih comel. Namun, dua kali tengok, aku dah naik menyampah. Kuat meragaih kata orang Penang. Tak reti dok diam. Mungkin ada ADHD.
Makin lama aku perhati, aku berjaya buat satu deduction yang sangat menarik. Dari melihat tingkah laku ketiga-tiga budak tersebut, aku sudah boleh baca perangai dan masa depan mereka. Sementara si bapa dicukur janggut, aku berkira-kira sendiri tentang masa depan budak-budak ini.
Abang bulat yang sulong akan jadi orang business, atau orang politik. Dia suka kudakan adik-adik, tarik rambut adik perempuan dan tak berhenti lari sana-sini. Attention seeking. Dan dia kuat makan. Masakan badan dia bulat dan adik bongsunya tak bulat. Suka pow adik punya makanan la tu. Maka dia layak jadi orang politik. Dan sebab dia juga suka pow dan perkuda, maka memang sesuailah dengan mukanya untuk satu hari nanti menjadi ahli UMNO yang sangat tidak dikehendaki dalam parti sekarang ini.
Adik perempuan tengah akan jadi bitch.Kecik-kecik lagi rambut sudah ada highlight. Kenapa ada highlight? Sebab ibu bapa turutkan kehendak, sejak kecil lagi. “Mama, nak kaler rambut”. Buat mata comel, dapat apa mahu. Mana tak rosak anak-anak. Kalau kecil-kecil lagi sudah diasuh begitu, sudah besar memang tak akan ada segan silu untuk minta apa-apa dari siapa-siapa sahaja. Dengan kerelaannya diperkudakan abang bulat yang sulong, dan membiarkan rambutnya ditarik, boleh diagak berapa jauh budak ini boleh pergi.
Aku tertarik dengan adik bongsu. Dia langsung tak berperangai seperti abang dan kakaknya. Dia tahu had diri sendiri. Selepas sudah berlari-lari tengok apa yang menarik di kedai, dia duduk di bangku dan selak surat khabar. Aku tak tahu kalau dia boleh membaca atau tidak, sebab dia belek surat khabar tu lama. Umurnya aku rasa belum sampai 5 tahun. Selesai surat khabar, dia ambil majalah dari rak. Sambil perhati-perhati abang dan kakak yang macam kera. Dia juga buat kerja dengan bersukat dan mengikut peraturan. Lantai kedai yang berpetak-petak itu, dipijaknya mengikut pattern. Kemudian abangnya meniru. Dia tahu takat mana dia perlu berhenti, dan punya rasional untuk buat benda lain yang lebih menarik daripada lari-lari dan lompat-lompat dalam kedai.
Aci kerat jari, adik bongsu akan jadi loyar.
2. Celaka punya wisdom tooth
Aku sudah dua hari merana sakit gigi. Gusi bawah sebelah kiri paling belakang sudah mengoyak. Sudah nampak kelibat enamel gigi geraham bongsu aku yang tengah seronok main chak, secara langsung menjengkelkan aku ke tahap paling jibam. Bawah rahang aku, sudah dapat aku rasa seketul benda mengeras. Sakit kalau aku tekan. Menurut panel doktor aku yang ramai, itu adalah sub-mandibular gland aku yang telah kena infection sebab bukaan gusi yang tetiba itu. Aku dah ingatkan gigi aku jatuh ke celah tekak dan terperangkap antara esofagus. Kepala otak punya infection. Bikin gua cuak. Maka aku disarankan telan augmentin. Tapi malang bagi aku, manalah aku reti telan ubat.
Kita tunggulah sahaja gigi aku selesai keluar. Mudah-mudahan reda la inflammation yang menjengkelkan ini.
(Aku asyik tolak benda yang macam guli itu ke atas, sebab gila annoying la aku cakap kau)
3. YM aku kena hack.
Dalam sekejapan, antara mengomel dengan Fira sambil menanti mata terpejam, ada mangkuk hayun masuk YM aku dengan selamba badak. Sedang aku enak dibuai lena, Sofia menelefon; “Po kau tengah wat apa? Aku tengah chat dengan kau kat YM”. Aku lena, laptop dah tutup. Kelam kabut aku tukar password. Maka bagi kau yang aku tahu telah berjaya masuk YM aku dan entah apa kerosakan reputasi yang telah kau lakukan, celakalah kau!
Aku dah tukar password. Hack la lagi kalau berani. Aku santau kau.
4. Tak minimalis pun entri aku.
Propa je lebih.
Friday, November 13, 2009
Entri yang banyak sub-topic
1. Kekeliruan bahasa
Aku baru sedar bahawa perkataan ‘entry’ dalam Bahasa Melayu ialah ‘entri’. Sama keadaan dengan perkataan seperti ‘input’, ‘plaintif’, ‘defendan’ dan juga ‘minda’. Malangnya aku tidak ada idea (baca: ide) apa itu ‘sub topic’ dalam Bahasa Melayu. Mungkin ‘sab topik’. Justeru, ya; aku memang bodoh bahasa. Moga-moga ada orang-orang bijak yang boleh betulkan kebodohan aku. By the way (ini juga aku tidak ada ide bagaimana mahu alih bahasa) orang-orang juga adalah satu kesalahan bahasa, kerana ‘orang-orang’ itu ertinya scarecrow. Justeru aku putus asa dengan bahasa Melayu. Terlalu banyak peraturan yang menjejaskan perkembangan. Bahasa Melayu mungkin sudah mati. Cuma tidak tahu berkubur di mana.
Jangan salahkan aku yang tidak begitu pandai berbahasa. Mungkin tulisan aku sahaja yang terlalu moden dan global dan tidak tergapai dek kelincahan orang-orang Dewan. Atau mungkin juga tulisan dan bahasa semua orang yang menulis sudah terlalu tangkas untuk ditangkap. Maju terlebih, mungkin. Hanya masalahnya, perkembangan ini terlalu laju lantas merempuh sekalian peraturan. Terlalu maju untuk garis panduan jumud yang menghadang kedewasaan bahasa.
Maka aku mengalah, dan memutuskan untuk menulis dalam Bahasa Melayu sehabis moden dan global yang aku mampu, dengan diselit-selit Bahasa Orang Putih apabila aku tidak jumpa jalan keluar untuk menterjemah niat dan kehendak pemikiran aku.
Justeru kau lihat tajuk entri hari ini bercampur aduk. Maafkan aku. Aku tak pandai.
2. Perihal bai’ah PAS.
Apa kejadahnya yang menjadi masalah dengan perkara ini, aku tidak berapa faham. Mungkin kerana ada sesetengah orang tidak faham cakap arab, maka perkara ini dibelit-belit dan disensasikan. Media Malaya memang bijak hal-hal begini. Sama seperti masalah ‘sebat’ Kartika yang dipandang ganas. Rotanlah.. Bukan sebat. Maka seperti biasa, yang menonton dan menghadam media Malaya akan angguk-angguk dan menerima eksploitasi ini secara gullible. Macam selalu. Sama juga seperti isu undang-undang perlembagaan di Perak yang didebatkan tanpa ilmu. Audien menelen mentah apa yang disajikan, tanpa banyak tanya. Media senyum gembira. Mudah sungguh.
Untuk kau yang tak pandai cakap arab tetapi berani membaca blog aku, mari aku ceritakan apa jadahnya bai’ah itu dalam bahasa yang kau harapnya akan faham.
Kalau kau rajin baca Al-Quran, kau akan ketemu surah At-Taubah. Kalau kau tak jumpa, mungkin kau akan teringat satu-satunya surah yang tidak ada basmalah itu. Kalau kau tidak mengerti apa dia basmalah, sila google. Berbalik kepada cerita; kalau kau mengaji, kau akan jumpa satu ayat yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin itu harta dan diri mereka, dan dijanjikan kepada mereka dengan balasan syurga.” (Maaf tak ada rujukan ayat. Aku kotor, tak boleh sentuh Quran. Tafsir pula tak ada berdekatan) Kalau kau belajar undang-undang kontrak dan jual beli, kau akan faham bahawa jual-beli itu adalah dijalankan tanpa paksaan, dengan penuh kerelaan.
Di mana duduknya bai’ah dalam equation jual beli di atas? Untuk memudahkan pemahaman, kita ambil analogi sewa-beli kereta. Atau lebih mudah, pembelian tiket bas. Kau pernah pusing belakang tiket dan baca terma dan syarat? Apabila kau beli tiket, kau secara otomatis diikat oleh perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat-syarat tersebut. Bukan?
Justeru apabila kau berintima’ dengan jamaah Islam, apa terma dan syarat yang perlu kau terima? Kalau kau menjadi pimpinan dalam jamaah Islam, apa pula terma dan syarat yang mengikat kau? Kau akan keliru sedikit di sini, kerana kau tidak begitu faham apa itu ‘intima’ dan apa itu ‘jamaah’. Maka satu lagi analogi untuk kau di samping aku cadangkan kau membaca buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ atau lebih dikenali sebagai ‘Ma-dza Ya’ni Intima’i lil-Islam’ tulisan Fathi Yakan. Okay.. Andaikanlah jamaah itu keluarga kau, dan intima’ itu adalah kerelaan kau untuk lakukan apa sahaja untuk keluarga kau. Dah boleh follow? Maka bai’ah itu adalah pengakuan kerelaan kau untuk berkorban apa sahaja demi jamaah, hence demi memperjuangkan idealisma yang kau dukung. Perjanjian dengan tuhan, bukan dengan parti. Perjanjian yang dibuat tanpa banyak ta’addud, setelah ditarbiah dan setelah punya fikrah dan halatuju yang jelas.
Oleh itu soalan yang patut kau tanya sebenarnya ialah, kenapa UMNO tidak ada sistem tarbiah dan bai’ah? Bagaimana kau regulate ketaatan dan keterjelasan pemahaman dan idealisme ahli-ahli UMNO? Bagaimana kau mahu pastikan kemenangan kalau pengikut dan ahli tidak terdidik untuk taat kepada tuhan? Bagaimana kau mahu hapuskan rasuah (atau nama manjanya, politik wang) dalam UMNO jika fikrah untuk berkhidmat kepada agama dan bangsa itu tidak disemai dan dibai’ahkan?
Mungkin kau lupa kuasa itu tuhan yang bagi. Dan dia boleh tarik balik bila-bila masa. Mungkin juga kau lupa bahawa kuasa itu amanah. Entahlah. Transformasi UMNO tidak ada peruntukan untuk tarbiah. Kerugian besar sebenarnya pada mata aku.
Which brings me to my next sub topic.
3. Transformasi UMNO
Sub topic ini duduk pada kedudukan nombor tiga. Maka ia istimewa. Faham sendiri. (Aku perlu entri khas sebenarnya untuk sub topic yang ini.)
Setelah sekian lama, UMNO kelihatan diberi nafas baru dengan pindaan-pindaan yang dibuat kepada perlembagaannya. Aku secara ikhlas tidak tertawan dengan pindaan-pindaan tersebut. Bagi aku perubahan-perubahan yang dibuat adalah kulit semata-mata dan tidak sedikit pun memperlihatkan keikhlasan atau pemerkasaan secara total kepada parti itu sebagai wakil orang Melayu mahupun sebagai sekumpulan manusia yang mahu memperjuangkan nasib bangsa. Sehingga hari ini aku belum terima khabar gembira dari pindaan-pindaan tersebut. Seperti yang aku katakan, semuanya kulit. Pengisian tak berapa nak ada.
UAY dalam dialognya di ASTRO Awani semasa sidang berlangsung memberi contoh Partai Keadilan Sejahtera yang menemuramah kadernya sebelum dibenarkan masuk parti. Soalan pertama, “Dalam seminggu, berapa kali kamu solat berjamaah?” Konteks yang sama jika mahu ditanya kepada segelintir orang UMNO mungkin perlu di’rephrase’. Contohnya seperti, “Dalam sehari berapa kali kamu solat?” Bunyi mungkin sedikit kurang ajar, tetapi hakikatnya orang yang jaga solat tidak akan melakukan rasuah dan mengkhianati amanah rakyat. Orang yang percaya dan yakin kepada perjuangan menghebatkan bangsa tidak akan bergiat dalam UMNO untuk dapat projek. Perkara asas seperti ini perlu disemai dalam jiwa ahli-ahli UMNO supaya kita tidak tersasar dan akhirnya menjaga kepentingan sendiri tanpa banyak peduli kepada asal perjuangan UMNO itu sendiri.
Kepercayaan rakyat dan kebergantungan mereka kepada kepimpinan orang Melayu adalah bukan perkara turun temurun yang akan berkekalan. Maka UMNO sebenarnya perlu sentiasa membugarkan asas dan pendekatannya setiap masa. Bukan hanya bila terhantuk baru nak buka mata. Setiap kali aku lihat logo Transformasi UMNO di penjuru skrin Awani aku terbayang poster Transformers: Revenge of the Fallen. Mungkin memang UMNO cuba bangkit selepas kecundang tahun lalu. Namun aku harapkan transformasi ini semua bukan retorik semata-mata. Bukan semata-mata perubahan kulit. Ular pun salin kulit sekali-sekala, tetapi aku tetap tak suka ular. Geli.
Justeru UMNO perlu berubah dari dalam. Bagaimana mahu berubah dari dalam? Well.. Aku mahu kata yang UMNO perlu contohi tarbiah PAS tapi nanti aku kena gam. Walaupun itu sebenarnya hakikat yang tidak dapat disangkal.
Transformasi, reformasi, tak banyak beza. Dari zaman Anwar dan Zahid Hamidi jadi Ketua Pemuda, aku masih nantikan perubahan yang dijanjikan. Even though usaha perubahan itu nampak macam menge-PAS-kan UMNO; tapi kalau perubahan sebegitu boleh membuat PAS tidak relevan dan UMNO lebih kuat rohani dan jasmani, apa salah?
Entah, apa aku tahu. Aku cuma budak mentah tak tahu apa-apa.
4. Penulis ber-buku?
Dalam usaha untuk di-publish, aku telah hantar tulisan-tulisan aku ke Sang Freud Press untuk projek antologinya. Begitu juga aku hantar tulisan aku ke projek antologi Body2Body versi Bahasa Melayu yang mahu diberi tajuk ‘Orang Macam Kita’ dan bakal diterbitkan oleh Matahari Books. Aku harap-harap tulisan aku tak kena rijek. Walaupun sebenarnya aku tak puas hati dengan apa yang telah aku hantarkan. Aku memang begitu. Bila baca balik tulisan aku, semua habis aku edit. Aku tak pernah puas hati. Heck entry dua tiga tahun lepas dalam blog ini pun aku edit balik bila aku rasa nak tambah apa-apa.
Maka aku harap editor-editor yang banyak pengalaman itu semua tidak rijek kerja aku. Kalau rijek pun, aku terima. Aku tak ada masalah dengan rejection. Kau mana tahu berapa kali aku sudah putus cinta.
Dan ya, ‘Orang Macam Kita’ adalah antologi tulisan tentang… err… orang-orang yang punya kehendak berbeza. Tapi syarat-syarat penyertaan menyatakan secara jelas bahawa penulis tidak semestinya ‘gay’. Oleh itu, aku bukan gay. Jangan goda aku nanti kalau aku glamer. Yes, I’m talking to you, you fag.
5. Aku akan rindukan kamu
Sub topic ini adalah berkait dengan kawan-kawan aku yang sudah tidak akan berlegar di fakulti atau kawasan sewaktu dengannya bersama aku lagi. Aku tidak boleh tulis part ini panjang-panjang kerana nanti aku menitis air mata. Aku emo. Hati aku fragile. Jangan tak tahu.
Ashraff Diah aku kenal baru setahun lebih. Namun aku akan ingat makhluk ini sampai mati. Pangkat adik aku, tapi macam abang. Kadang kala aku panggil dia Pak Long, kadang kala Tok Ayah. Jangan hairan kenapa. Masa aku agak-agak pokai, orang inilah yang bagi aku makan. Orang ini jugalah yang jemput aku ke rumah dan bagi aku tidoq depan TV berbulan-bulan tanpa banyak tanya. Tolak soalan maut dia, “Hang mai mana?” malam first aku pi nak layan PS2 lepas aku cakuk tangan dia masa salam kat yong tau foo. Budak kecik ni ngan kawan dia Azinuddin yang poyo tu la yang mai kat aku time aku tersentap kena langgaq kereta dan tak tau nak buat apa. Ap, kalau hang baca ni; hang jangan menitik ayaq mata. hang tu Kedah menang bola pun hang teriak. Aku tak lupa punya aa kat hang. Call ja dari mana hang ada, tiga minit lepaih tu aku pacak pi kat hang. Jitra pun Jitra la. Hang la sahabat aku dunia akhirat. Doa-doa la aku jadi kuat macam hang. Doa hang makbul. Kalau tak kuat jugak, pak long memerang ada. Takyah risau. By the way, bila nak angkat aku? haha..
Azinuddin Karim adalah seekor lagi yang menerima aku seadanya dan tak pernah bagi orang sakit hati. Naturally, melihat nama dia orang akan panggil dia Din. Tapi sebab dia agak ‘up’ maka orang panggil dia Zin. Aku kenal masa aku buat maritime. Mangkuk hayun ini juga banyak tolong aku tatkala aku agak sengkak. Maka aku sikit pun tak mengeluh masa aku tolong angkut barang pindah rumah dari Seksyen 6 yang sangat heaven itu. Aku dah tak terkira berapa kali dia belanja aku makan. Duit dinner law tahun lepas tu pun dia tak claim. Aku consider dia halalkan. Unless lepas dia baca benda alah ini dia akan teringat dan hantarkan NOD kat aku. Zin adalah manusia yang tak pernah study. Tapi entah macam mana dia pandai. Aku cemburu. Sumpah cemburu gila babi. Zin juga adalah antara manusia yang tak akan pernah ada salah silap dengan aku. Kalau ada pun, aku maafkan sebelum terjadi. Gila ma’sum Azinuddin Karim di mata aku. Moot God yang satu lagi la kiranya. Andai aku masih ada dalam Moot Club tu, aku serious akan buat award untuk kau. Anugerah mooter sepanjang hayat. Lu pun kalau ada apa-apa, lu roger gua. Kalau gua hidup lagi, gua datang bai.
Wan Tamara adalah awek Pak Long. Dua orang budak kecik yang menjadi tulang belakang Moot Club di kala Azinuddin presidennya. Aku undi dia masa AGM sebab aku yakin dia boleh jadi VP. Aku nampak budak kecik ini jalan sana sini masa AGM, di kala abang bakal presiden sedang buat macho dan cool. Menjadi awek kepada Pak Long, naturally akan melepaklah kami bersama. Ditakdirkan juga dunia ini kecik dan budak-budak bertiga ini juga kawan baik kepada si Shah Besar. Manalah aku tak sayang dengan depa ni. Aku masih rasa bersalah dengan Tammy tentang banyak perkara. Aku harap dia maafkan aku. Lately dia tak berapa nak bercakap dengan aku sangat. Aku mintak ampun kalau aku ada salah silap. I won’t be seeing much of you anymore. Tolonglah jangan break ngan Ashy. Sesungguhnya dalam dunia ni tak ada wedding yang lebih aku nantikan selain wedding hangpa dua orang. Aku yakin kalau Tammy nak montaj untuk wedding diorang, aku tak ada masalah untuk buatkan. Free. Considering keikhlasan insan ini. Kan Cik Wan kan?
Katrina Razif tidak perlu banyak introduction. Insan ini ada entri sendiri di blog aku. Aku tak ada ayat untuk menggambarkan betapa terhutangnya aku kepada manusia ini yang banyak push aku, walaupun aku berat gila. Namun disebabkan Katrina adalah awek kepada Amir, maka aku rasa aku akan masih melihat kelibatnya sekali-sekala nanti. Kan Kat? Penat oi I jodohkan korang. Haha. Seriously, kalau korang break, I patah-patahkan Amir. Maka jangan buat I belasah Amir. Katrina was the first person to welcome me to law school. She is also one of the toughest person I have ever met. I still hold by my promise, Kat. My first daughter will be named after you. Kalau bini I banyak bunyi, I register je senyap-senyap. Janji you tak break ngan Amir. Hahaha.. Nasib baiklah anda hanya tinggal di Petaling Jaya. Senang sikit nak kacau. But still.. Rindu jugak aku nanti.
Ada lagi dua tiga kerat yang aku kenal yang bakal hilang dari pandangan. Aimi dewi cheesecake aku, Afif si komander firm mate Pak Long merangkap boifren kepada Ika Razak, Jo senior partner Tammy dan housemate Pak Long ngan Zin dan dua tiga kerat lagi yang aku tak berapa nak rapat. Maafkan aku kalau aku ada buat salah. Sesungguhnya aku spesis manusia yang tak akan pernah lupa kawan-kawan. Sungguhpun aku bukanlah manusia paling baik atas muka bumi. But believe that you can always buzz me for anything.
Doa-doalah untuk aku supaya berjaya seperti kamu semua. Konvo hangpa nanti aku mai kalau takdak aral. Aku hutang konvo BLS hangpa. Tolak Kat, aku dah pi konvo BLS dia. Tapi bunga yang ada menatang tupai pakai mortar board tu tak kira double.
I love you all. T_T
Saturday, November 07, 2009
The End
Somewhere, over the rainbow, way up high.
There's a land that I heard of once in a lullaby.
Somewhere, over the rainbow, skies are blue.
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.
Monday, November 02, 2009
Kenapa tahan Dr Asri?
Pagi-pagi buta, birokrasi datang ketuk pintu bilik aku dengan kebodohannya. Kala aku tak berapa peduli dengan politik buang masa negeri Selangor, birokrasi datang sepak pintu rumah aku dan paksa aku menulis tentang kedangkalan sistem dan kecacatan serta kejumudan ahli politik dan pentadbiran negara.Thursday, October 29, 2009
Takkan pernah hilang.. hehe
Aku cukup pantang bila orang tanya aku apekehal blog tak update. Rasa kembang semacam. Tambah pantang bila orang tiba-tiba cakap “eh u still update the blog even tho' tgh exam kan?? it's a must read blog la..:)”. Berikutan dari itu maka menulislah aku di kala aku sepatutnya buat benda-benda mustahil yang lebih penting.. Review syllabus yang tak pernah perasan, sebagai contoh.
Maka di kala aku berdiam sorang-sorang di library ini, dan Shah Alam entah kenapa tiba-tiba hujan, aku rasa ada baiknya aku titipkan salam selamat kepada sekalian adik-beradik dan sahabat handai yang ada paper civil procedure esok. Walaupun aku sangat konfiden sebenarnya bahawa mereka mampu buat exam dengan mata sebelah tertutup. Mungkin sambil membayangkan sedang main bola di X-Box baru Azinuddin Karim. Memang kental la budak-budak ini wa cakap lu.
Jika tiada aral melintang, paper aku lusa. Dan bakal habis pada 12 haribulan. Doa-doakan aku tidak sakit demam macam selalu. Cuti ini rasanya aku perlu banyak exercise dan menjalani gaya hidup sihat. Kelembapan dan ke’slow’an semester ini memang berpunca daripada gaya hidup nak mati cepat yang perlu aku tinggalkan. Sorry Williams. Nanti dah kurus aku pergi lagi melantak di kedai kau.
Sepanjang masa material blog ini mendiamkan diri, banyak perkara berlangsung dalam negara tercinta. Bajet yang tak berapa nak best telah dibentangkan. Parti-parti politik macam ada duri di celah punggung. Semua tak boleh duduk diam. Perak kembali bergelut dengan perangai budak sekolah dan UiTM baru habis konvo. Aku sentiasa ada masalah bila UiTM konvo. Bila keluarga dan sanak saudara bawa kereta dalam UiTM macam sengaja mahu buat aku sakit jantung. Maka mujurlah Shah Alam jerebu. Ada alasan untuk aku duduk diam-diam dan tidak membahayakan nyawa.
Aku juga tidak lupa Perhimpunan Agung UMNO yang penuh pembaharuan dan transformasi. Bunyi ada sikit macam Transformers. Juga banyak kaitan mungkin dengan konsep Revenge of the Fallen. Ya, bangkitlah UMNO. Sampai bila kau mahu tidur? Nanti bila aku betul-betul tak ada kerja, aku tulislah apa-apa tentang transformasi itu.
Maka selamat aku ucapkan kepada semua. Library sejuk gila. Aku nak balik makan Nasi Lemak Cinta Sayang. Itu hari kakak cashier tanya aku, “Daging je? Telur ada?” yang aku sambut secara bengap dengan “Takde.” 12 jam berikutnya baru aku tergelak macam nak pengsan. Otak aku memang lambat gila babi.
Dan ya… Ini blog memang takkan pernah hilang. Selagi aku masih banyak masa untuk merepek.
Janji.
Sunday, October 11, 2009
Sebelas hari menyepi
Sebelas hari menyepi, apa yang aku dapat?
Tak dapat apa-apa. Which was expected. Bila kita diam, kita tak boleh expect banyak perkara untuk berlaku.
“Semua orang tanya aku, apasal blog kau tak update” kata Esah Moot Club. Aku macam nak jawab, “Suka la hati aku”. Tapi aku tak sampai hati. Honestly aku tak larat. Tambah tak larat untuk menghamburkan caci maki dan pendapat tak laku. Buang karan.
Aku sudah tak larat.
Tadi tengah hari aku telan sebahagian hakikat dengan penuh redha. Tanpa bergelut. Dengan manis muka.
Minggu depan entah apa bala lagi menanti aku.
Aku mungkin sedia, mungkin tidak.
Pasrah beb. Gua dah pasrah.
Saturday, October 03, 2009
Hentikan bantu Indonesia. Mereka tidak mahu.
Aku sedikit pun tak hairan dengan berita ini:
Terkait Judi, Warga Sumbar Tolak Bantuan Pemerintah Malaysia
JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.
Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.
"Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.
Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.
"Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.
Harian Kota, Jumat (2/10/2009).
***
Sebagai negara bermaruah, aku rasa kita telanlah sahaja. Kita telah cuba berbuat baik. Hakikatnya kekal serupa.
Hantarlah pulang pekerja-pekerja Indonesia. Sudahlah kau menonton dan mendengar lagu dan telenovela merepeknya. Kita semua tidak patut buang masa. Kita tidak mahu berperang. Itu kerja orang bodoh. Biarlah mereka syok dengan apa yang mereka mahu. At the end of the day, yang kena bencananya bukan kita.
Sweet spot telah dijumpai
Menjelang musim exam, aku selalunya akan scout meja di library. Masa awal-awal degree dulu, susunan meja library tidak macam sekarang. Aku tidak suka susunan sekarang. Kekok dan sangat pelik. Maka jenuhlah aku mencari sweet spot yang pencahayaannya bagus, tidak banyak distraction, dan dekat dengan liang air-cond.
Sejak ada War Room, aku sudah jarang guna library sebagai tempat study. War Room lama di tingkat enam adalah tempat paling strategik untuk study. Sunyi sepi, sejuk dan terang benderang. War Room baru di tingkat tujuh, tidak begitu inviting. Tinggi, suram dan scary. Maka aku harus balik ke kawasan konvensional untuk buka nota yang tak pernah disentuh.
Tadi aku jumpa satu ceruk yang aku harap-harap tidak akan diubah-ubah lagi kedudukan mejanya oleh para interior decorator PTAR2 yang belum puas menyusun atur perabot. Aku tidak akan beritahu kau letaknya di mana. Nanti kau hijack tempat aku. Esok lusa aku perlu mark territory aku dengan apa-apa yang patut. Mungkin aku boleh letak banner. Tapi nanti, kau bakar pula banner aku. Paling tidak, kau sorokkan. Macam banner Futsal LawSoc. Kau memang tak ada kerja lain.
Semalam dan hari ini adalah hari-hari yang sia-sia. Badan aku masih lemah-lemah. Ada masanya aku macam cergas. Masa yang lain pula aku dengan sayur sawi macam tak ada beza.
Season Mooting sudah kembali menjelma. Compromis Jessup sudah keluar. Aku sudah baca. Bosan. Berebut pulau dan minyak; macam tak ada kerja lain. Problem Maritime akan keluar awal Disember. Problem IHL patutnya sudah sampai ke tangan-tangan pihak berkuasa Moot Club.
IHL dan Maritime telah aku lalui. Tulis memorial dan moot. LAWASIA dan Jessup, pun dah kira setel. Maka aku sudah tidak hairan dengan pertandingan ini semua lagi.
Yang menarik perhatian aku sekarang ialah Moot Syariah anjuran USIM. Mereka bahasakan ‘Moot’ sebagai ‘Mut’. Aku tak berapa approve sebab bunyi sangatlah pelik yang amat. Pokoknya, yang ini nampak macam menarik. Boleh buat resume aku nampak cantik sikit. Maka mungkin aku akan pergi kacau Pn Rafidah. Tak boleh moot, solicitor pun jadi la.
Walaupun bak kata Pak Long, “Bukan buleh duit pun buat kerja ni", tapi demi mencantikkan resume aku, apa salah?
Kan? Mana tau kot-kot menang.
Thursday, October 01, 2009
Bak kata Pak Long, hidup ini mesti dipenuhkan dengan kasih sayang..
“Antara banyak-banyak benda yang patutnya di hargai dalam hidup kita adalah kasih sayang sesama manusia. aku tau bunyinya macam sangat jiwang tapi tu lah hakikatnya. seriusly kadang-kadang tu kita terlupa yang sebenaqnya masih ramai yang sayangkan kita.
walaupun kadang-kadang some of our friends yang dulunya sangat kamcing ngn kita tapi now dah kurang spend time ngn kita sebab dia ada komitmen lain tak bermakna yang dia tak sayangkan kita dah. kita kena faham yang tak selamanya dia akan bergonjeng ngn kita. dia ada vision untuk berumah tangga. maka kita sebagai kawan perlulah faham akan keadaan tersebut.
dulu aku slalu ingatkan diri aku yang nanti bila kita mati, kawan-kawan jugak yang akan tolong angkat keranda and bukannya isteri kita. kalau tayar motor atau kreta pancit tengah-tengah malam, kawan-kawan gak yang akan mai tolong. sesungguhnya kawan-kawan adalah insan yang sangat penting dalam hidup ini.”
***
Pak Long a.k.a Ashraff Md Diah cuba nak menulih dalam blog aku. Tapi separuh jalan dia kata benda yang dia tulih ni bunyi macam jiwang. Lepaihtu dok buat muka comey nak kena penampaq. Aku tanya, ‘Nak publish ka dak?’ Dia kata ‘Ikut hang aa’. Tu kira mau aa tu.
Maka aku publish la. Lebih kurang macam autograf dia la kiranya dalam blog aku ni.
Ya la. Bak kata Pak Long, kawan tu penting. Tapi Pak Long sahabat.
Kan Pak Long kan?
I’m fine, thank you.
Mungkin ada yang dah lama tak nampak kelibat aku. Dekat dua minggu blog tak ber’update’. Aku minta maaf. Banyak perkara yang berlaku atas muka bumi ini bukan terjadi atas kehendak aku. Most of the time juga, aku tidak ada daya dan upaya untuk mematahkan laluan iradat tuhan. Maka kadang-kala aku pasrah dan diam dalam pembaringan. Hidup ni kadang kala macam ambil tiket parking dari sebuah mesin.
Bak kata Lord Denning: "No customer in a thousand ever read the conditions [on the back of a parking lot ticket]. If he had stopped to do so, he would have missed the train or the boat...None of those cases has any application to a ticket which is issued by an automatic machine. The customer pays his money and gets a ticket. He cannot refuse it. He cannot get his money back. He may protest to the machine, even swear at it; but it will remain unmoved."
Maka selalunya kita akan pasrah. Macam aku.
So, cuti raya baru-baru ini tidak begitu memberansangkan. Aside from being on the road most of the time dan makan KFC secara berturut-turut dan menziarah dua tiga rumah adik beradik terdekat, aku sudah tidak nampak apa yang bestnya hari raya itu.
Khamis sebelum cuti, aku pulang ke Taman Desa, buka puasa bersama keluarga. Esok pagi buta, aku balik ke Shah Alam. Malamnya pula aku kembali ke Taman Desa, kerana esoknya (Sabtu) aku perlu hantar kereta ke Pandan Indah, selepas lepak seketika di Taman Melur, Ampang. Hanya pada malam itu baru aku perasan bahawa Ahad adalah Hari Raya. Pagi raya agak pelik, kerana maid kepada kakak sepupu aku beriya menangis salam dengan aku. Seperti yang aku katakan, pelik. Kemudian ke Hulu Langat beraya dengan the rest of the extended family. Balik ke Ampang. hari-hari seterusnya, aku tak ingat apa yang aku buat. Kemudian balik Pulau Pinang. Jalan-jalan, tengok wayang. Buat open house (kononnya) di Bukit Jambul. Nangis macam nak rak tengok Uncle Wan Din yang buat aku teringat Arwah Tok Abah. Jalan-jalan lagi. Sampai tak larat. Ahad dah balik Shah Alam. Dan cerita masih belum selesai.
Aku sebenanrnya tak larat langsung nak tulis apa-apa. Kepala otak aku dah makin slow. Yep, I don’t feel so good.
Kau doa-doa la aku sihat.
Friday, September 18, 2009
Sembah derhaka. Konon.
1. Anak Raja adalah a bunch of spoiled brats. Most of them.
2. Aku sampai kiamat tak akan mengorat kerabat Johor.
3. Kot ya pun nak saman, janganlah canang kau pergi clubbing dan berpotensi mabuk, dalam press-conference.
4. Kalau nak beli pistol, tanya kerabat Johor.
5. RM50 Juta adalah harga yang sangat reasonable untuk hidung yang patah. Hidung anak raja memang mahal.
Let me say this just once. I personally feel that royalties often become idiots, when not properly guided. Dalam negara yang bertunjangkan sistem raja berperlembagaan, family members of the Sultan pada pandangan aku, tak ada lebihnya berbanding rakyat biasa. Daulat tidak melekat kekal jika yang menjadi mainan adalah kezaliman dan kejahilan. Which is why tiada daulat raja yang masih bertahan utuh selain beberapa negeri sahaja. Jenis yang cemar sahaja duli Baginda pada air bah, hujan boleh berhenti. Yang kereta kena baling bata, belum cecah kereta bata dah berkecai. Google sendiri.
Sebagai seorang yang dilatih untuk menjadi peguam (atau DPP.. aminn), aku hanya mampu ketawa. Melihat dari sudut perundangannya, claim Tunku Jamie dan householdnya belum time barred. He was assaulted, when he got a gun pointed to his head. He was then battered. With clear evidence dalam gambar-gambar yang diambil. Mungkin out of the goodness of their heart, mereka tak heboh dan minta compensation dan apology secara senyap. But no. Johorians tak mahu mengaku salah. Paying would be admitting guilt kata mereka.
Tibai orang dengan kayu hoki dan golf dulu pun tak admit juga.
Kenapa aku beriya komen tentang 'royal brawl' ini?
Because it's the freaking end of Ramadhan. Lusa dah nak raya. And this comes out in the open. A bunch of royal brats, bergaduh dalam club. Sah-sah tak minum air sirap. Siap dengan pistol ke kepala. What the heck? Inikah contoh tauladan kepada rakyat jelata? Mestikah aku didik anak aku nanti supaya bawak pistol kalau pergi clubbing? Dan sebelum tu aku perlu pula ajar anak aku bagaimana caranya untuk pergi clubbing. Mungkin aku kena ajar dia shuffle sekali.
Seriously dude.. Why can't there be more Raja Nazrins around?
Oh, and one more thing. What the heck is this about declaring laksa (all types of laksa), nasi lemak and bak kut teh as Malaysian to prevent hijacking by other countries? Adakah aku seorang sahaja yang rasa benda ini sangat ridiculous? Dan adakah aku sahaja yang rasa Tourism Ministry ni dah tak ada kerja lain? Baca sini.
Aku cakap bangang kang, kau kecik hati. Isk...
Thursday, September 17, 2009
Happy HARAPU
Apparently this is the 700th entry of my blog. Sangat timely sebenarnya mengenangkan bahawa this is the Aidilfitri entry. Not that aku ni spesis yang nak raya awal, just that I will obviously be offline menjelang weekend sehinggalah selesai cuti hari raya yang sangat singkat ini. Terima kasih UiTM kerana mementingkan kesihatan pelajar-pelajarnya sehingga cuti raya tergadai.
So, aku bukan manusia yang suka sangat nak beraya ni semua. But what the heck, aku tahu kau memang teruja setiap kali menjelang raya. Maka for your sake, aku buat-buat la macam aku ni semangat juga nak beraya.
Tiada lain sebenarnya yang mahu aku tuliskan di sini selain mengharapkan ampun dan maaf daripada kau semua. Aku tahu aku banyak dosa dengan kau. Aku kan budak jahat. Kalau kau tak mahu maafkan, apa aku boleh buat. Niat di hati tadi sebenarnya nak tulis di dinding kawan-kawan yang ada Facebook. Tapi aku malas. Hari raya nanti bila dah ada credit, still nak wish jugak kan. Gila redundant.
Maka Happy HARAPU to all. Aku tak boleh nak membebel panjang sebab aku nak balik ‘kampung’ alternatif aku di Taman Desa. Aku sebut ‘kampung alternatif’ since aku tak beraya di kampung tanah tumpah darah di Pulau Pinang. Well, maybe later.Take good care of yourselves. Drive safe. Eat well. Jangan enjoy terlebih. Kirim salam la orang kampung kau. Cakap Izmil kirim salam. Mana tau orang kampung kau baca blog aku.
Oh by the way, I would like to specifically mention a few names here. Tapi aku rasa mereka lebih tahu siapa mereka. Maka tak payahlah aku sebut. Most of them tengah bersiap untuk buka puasa di Madam Kwan, Bangsar. Selebihnya mungkin berada di Taman Tun, Ampang atau Bukit Tunku, Keramat, Selayang, Kota Damansara, dan sekoq tu dengaq kata tak balik Jitra. Hang pi la bawak budak Sabah tu balik Johor elok-elok. Hak yang lain-lain, aku tak tau hangpa dok celah mana. Ada sekoq terbang pi UK pulak dah. Apa pesyen tak balik raya kat kampung pun tak tau. Gila banyak duit.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Lepas raya kita buat dosa balik. The cycle never ends.
Wednesday, September 16, 2009
Hidup tanpa Facebook di fakulti…
…adalah ibarat bernikah tapi tak tidur sekali. Macam buka puasa tanpa Eno. Macam masuk hutan tak bawa khemah. Macam pergi toilet tapi tak jadi nak keluar. Seksa.
Aku dah malas mahu hantar email kepada network admin bertanyakan ‘ape ke hey-nye’ Facebook kena block. Kali terakhir aku buat begitu, dua bulan lepas. Sampai sekarang aku belum dapat respon.
Maka dalam rangka untuk mencari alternatif kepada keadaan offline yang menyesakkan ini, aku cuba-cuba main twitter secara bersungguh. Aku update selang 3 minit. I got bored after about half an hour. Tak ada orang yang boleh aku stalk. Tak boleh usyar gambar-gambar. Tak boleh main Mafia Wars. Bosan. Sungguhpun aku boleh letak widgetnya di blog, tapi kau semua tak boleh nak komen-komen atau tekan ‘Like’ pada status aku. Itu tak bagus.
Kemudian daripada itu, aku cuba pula social network milik Google, ‘orkut’. Nampak macam Facebook zaman awal-awal kebodohannya yang penuh complicated thingy yang buat aku pening kepala. Again, tiada siapa yang guna orkut. Kembali bosan.
Maka sekarang pukul 12:18 PM. Aku perlu bergerak ke Putrajaya pukul 1PM nanti dan mencari di mana letaknya AGC dan kemudian mencari pula di mana duduknya Extradition Unit. Mungkin buka puasa di Putrajaya hari ini. Glamer la sial.
Dengar kata bazaar Ramadhan Precinct 2 Putrajaya itu lapang dan lega. Tak sesak. Sangat kondusif untuk manusia yang senang lemas bila ramai orang, macam aku.
By the way. Kenapa perlu guna ‘Precinct’. Gila tak original.
Update: I personally think that only idiots would decide to block Google Docs, an alternative application to word processing that I use to write my assignments. What the heck yang Google Docs jadi personal network storage and backup pulak dah. Bodoh la orang-orang yang decide menatang apa yang patut kena block ni. Bangang!
I’m Fasting for Peace in Malaysia. How About You?
Menjelang hari lahir Malaysia yang ke 46, banyak kejadian-kejadian aneh yang sentiasa buat aku rasa seolah-olah terlalu banyak benda yang tidak kena dengan negara tercinta ini. Yang sepatutnya membendung rasuah tidak berfungsi secara meyakinkan. Yang memerintah, terlalu banyak propaganda. Yang mahu memerintah, sanggup buat apa saja. Dan yang diperintah, tidak ada hala tuju. Media massa tiada yang bebas dan jujur. Ekonomi merudum. Harga minyak naik. Nilai sosial tidak dihiraukan. Jenayah menjadi-jadi. Agama tidak diambil peduli. Orang arak kepala lembu diberi perlindungan, tukang kijaknya tidak ditahan. Yang menyiarkan videonya pula disiasat.
Kau boleh baca suratkhabar dan berfikir sendiri. Aku bukan manusia yang punya memori yang kuat untuk recall semua benda buruk untuk tatapan kau. Aku juga yakin bahawa kau pun bukannya mahu fikir sangat tentang keburukan yang melanda negara. Seperti juga orang lain. Kita semua complacent. Selagi bukan kita yang terjejas, kita leka. Kita biar sahaja. Tak rasa apa-apa.
Secara serius, kau dan aku sama-sama mengetahui bahawa ada banyak yang tidak kena dengan negara ini. Gara-gara manusia yang tamakkan kuasa, kita yang di bawah ini yang merana. Hatta tarian pendet dan lagu patriotik pun jadi isu besar. Bagaikan snowball yang menanti saat untuk mula berguling dan membesar.
Maka apa kata pada hari mulia ini, kita sama-sama berganding tangan dengan semangat kekitaan yang telah sekian lama hilang dari dada umat Malaysia. Niatkan puasa kau hari ini diterima tuhan, dan berkat amal kau itu moga negara ini aman sejahtera. Kita perlu sentiasa belajar dari sejarah. Dan aku yakin kita semua saban hari asyik takut-takut kalau sejarah berulang kembali. 13 Mei itu bukan sejarah manis yang kita banggakan.
Maka berpuasalah sekalian kita. Satu negara. Doakan kesejahteraan, keharmonian, keberkatan dan keampunan. Doakan minta terang hati dan keampunan untuk sekalian mereka yang sentiasa cuba memporak perandakan negara dengan kedahagaan darah dan kuasa yang melampau-lampau. Tolak kekerasan. Apa salahnya kita memahami satu sama lain. Andai kau masih ingat bagaimana Daulah Madinah pimpinan Rasulullah itu mampu aman walaupun berbilang bangsa dan agama; apa salahnya Malaysia wujud dalam keadaan yang serupa.
Justeru hari ini aku berpuasa demi mendoakan Malaysia yang aman sejahtera. Tanpa keganasan dan pertumpahan darah. Tanpa kekerasan dan tamak haloba pemerintah. Tanpa ignorance dan kejahilan rakyat yang sentiasa terpinga menanti bulan gugur ke riba.
Selamat Hari Lahir Malaysia. Aku doakan kau aman sejahtera selamanya.
Kalau ada yang cuba hasut kau untuk buat kacau bilau, pandang wajahnya dan cakap, “Pergi mampuslah kau”.
Tuesday, September 15, 2009
Ibu aku perlukan akaun Facebook?
Sebelum aku buat sebarang cadangan yang tak masuk akal, aku perlu beritahu kau bahawa aku MC ini hari. Influenza like illness katanya. Maka aku perlu mempraktikkan social distancing. As if I am not socially distant already. Hence, aku sekarang sedang self quaratine. Test pagi tadi perlu dibuat selepas raya. Dan aku akan kembali menjadi ninja bertopeng hijau.
Kaedahnya, ibu aku call kurang sepuluh minit yang lalu bertanya khabar tentang blog ini dan apa yang aku tuliskan di dalamnya. Maka andaian bahawa aku menulis untuk insan-insan tertentu adalah sama sekali tidak benar. Ibu aku sudah jadi pengikut blog aku. Mungkin aku kurang selesa dengan hakikat ini. Tapi memandangkan aku bukan insan yang pandai berkata-kata, maka aku welcome the fact bahawa ahli keluarga aku dapat membaca apa yang aku fikirkan tanpa aku perlu buka mulut banyak-banyak.
Aku mungkin tak macam kau yang sorok-sorok diari.
Maka ibu aku mungkin perlukan akaun Facebook. Daripada beliau telefon aku untuk komen blog aku, bolehlah beliau berbuat demikian di ruangan notes aku. Paling tidak ibu aku boleh klik pada ‘Like’.
Cumanya aku tak yakin kalau pejabat kerajaan membenarkan kakitangannya menggunakan Facebook.
Dengar kata UiTM pun sudah permanently block FB. Patutlah aku tak nampak status update kawan-kawan.
Ini semua mesti Nabil punya pasal. Hehe.. (Bil, jangan marah aku). Tapi secara jujur aku rasa dunia kita yang bekerja untuk fakulti dan warganya ini tidak pernah selamat dari cercaan dan hasad dengki manusia yang tidak bekerja untuk fakulti dan warganya. Kalau kau pernah jadi pengawas sekolah, kau fahamlah (at least) apa yang aku katakan ini. Kau akan dianggap barua oleh sesetengah pihak yang tidak sukakan peraturan dan ketersusunan. Mereka rasa mereka anti-establishment. Mereka anarchist. Pemecahbelah yang punya grup mereka sendiri (which defeats the purpose of anarchy) yang sentiasa berusaha untuk memberontak segala benda yang teratur.
Aku consider diri aku anarkis (sikit la). Aku juga ada share dalam sejarah anarki di suatu masa dahulu. Tapi aku rasa aku sudah cukup matang untuk berfikir dan menghargai kerja insan-insan yang berkhidmat secara ikhlas terpaksa ini semua. Me included. Kau ingat aku lapar sangat nak masuk moot club?
Maka Nabil, aku harap kau kuat. Lumrah menjadi pemimpin, akan ada sahaja benda tak kena. Lagikan Rasulullah itu dicerca, inikan pula kau Presiden LawSoc. Dan aku yang tidak berpangkat ini pun dimaki cerca serupa. Banner aku yang kena bakar tu pun aku rasa angkara mangkuk hayun yang sama. Tetapi untuk apa kita layan orang bodoh, kita juga yang jadi bodoh. Some people are just born to be losers. They should get a life.
Sumpah ibu aku tak faham apa yang terjadi dalam senario Nabil di atas.
Sebab itulah ibu aku perlukan akaun Facebook. Senang aku nak minta duit. Poke sahaja.
Satu poke: ‘duit kering’. Dua poke: ‘thank you’. Gila biadab! Hahaha…







